Tuesday, April 12, 2016

Gerai Nasi Lemak

Satu Pagi saya pergi ke sebuah gerai untuk sarapan pagi di pekan A yang terletak di Perak. Saya bersama isteri saya memesan nasik lemak 3 bungkus (lapar beb), 2 biji kuih, saya pesan air teh ais dan isteri pula pesan teh tarik, Menu gerai Akak ni tidak banyak, cuma nasi lemak bungkus, lasi lemak berlauk (boleh pilih) dan air minuman panas dan sejuk.

Sekadar Hiasan
Mengikut pemerhatian saya selama hampir satu jam saya berada di situ saya congak jumlah pengunjung yang datang keluar masuk agak ramai iaitu lebih kurang kira-kira 40 hingga 50 orang termasuk saya, isteri dan orang yang datang untuk bungkus makanan (kadang-kadang bungkur lebih dari sebungkus nasi lemak).

Gerai ini pula dikatakan beroperasi dari jam 7 pagi hingga 12 tengahari tiap-tiap hari kecuali hari Jumaat. Bayaran dikenakan pada makanan kami ialah RM7.00 sahaja. Memang sangat berpatutan.

Congakkan Pendapatan Kasar;
Jumlah pengunjung : ambil purata 40 orang setiap jam
Waktu operasi : 7pagi hingga 12 tengahhari i.e. 5 jam
Purata bayaran sekepala : Ambil purata RM3.50

Purata jualan harian = 40orang x 5jam x RM3.30 = RM700 sehari
Purata jualan bulanan = RM600 x 26 hari = RM18,200
Purata untung bersih bulanan (katakan margin 50%) : RM9,000

Ya, purata pendapatan Akak gerai jual nasi lemak ini adalah sekitar 9 RIBU RINGGIT, kalau mengikut congakan kasar.

Sekian,
Kru bNEWS

No comments:

Post a Comment