Wednesday, April 13, 2016

Hanya Jual Jem Remaja Ini Jadi Jutawan

Kali ini admin akan membongkar satu kisah yang agak menakjubkan bagaimana seorang remaja yang hanya berusia belasan tahun berjaya menjadi jutawan pada usia yang sangat muda hasil titik peluh sendiri. Kisah ini berlaku di
negara Scotland bukannya di negara kita.

Pada usia seawal 14 tahun, seorang remaja yang bernama Fraser Doherty telah mula mencipta jem buatan sendiri menggunakan resipi neneknya. Jem itu kemudiannya dijual kepada jiran-jiran beliau di sekitar Edinburgh, Scotland. 
Pada umur 16 tahun, dia sudahpun mewujudkan permintaan yang besar dan mula memasarkan jem resipi sendiri dengan meletakkan jenama tersendiri iaitu "SuperJam." Perniagaan meningkat dengan sangat baik sehingga dia berhenti sekolah untuk bekerja sepenuh masa

Lama-kelamaan, beliau dihimpit oleh rangkaian pasar raya terkemuka di UK pada sekitar tahun 2007. Beliau berjaya memasarkan produk 'Superjam' di hampir 200 kedai. Ia dipanggil 'super' kerana diperbuat daripada 'superfruits' seperti cranberry, beri biru, dan jus buah-buahan tanpa gula, ini bermakna produk ini lebih sihat berbanding jem yang lain.

Beliau kemudian membuat pinjaman bernilai 9,000 pound dari sebuah bank tempatan untuk menampung perbelanjaan, termasuk membesarkan kilang untuk meningkatkan lagi pengeluaran. 

Pada tahun 2009, dengan bantuan sambungan rangkaian pasar raya termasuk menjadi stokis utama kepada 'Asda Wal-Mart', jualan bisnes Fraser berjaya mencecah 1.2 juta pound. Beliau juga menerbitkan sebuah buku yang berjudul "The SuperJam Cookbook". 

Buku masakan Fraser mendapat sambutan hangat kerana ia padat dengan resipi pelbagai cara menggunakan jem, marmalad, cutni dan jeli. Buku ini juga menawarkan idea-idea yang lebih luar biasa seperti banana spread, chilli jem dan sebagainya. Buku ini juga mengandungi lebih daripada 25 idea untuk bagaimana untuk menjadikan menu2 yang biasa seperti, cupcake, tart dan puding  menjadi luarbiasa, lebih menarik dan lebih sedap.

Beliau berkata "saya tidak boleh leka dengan wang, saya membuat jem kerana saya seronok melakukannya dan kejayaan saya adalah cukup manis"

Admin sengaja tulis mengenai kisah kejayaan jutawan muda ini dengan hanya satu niat iaitu untuk memberi motivasi kepada usahawan-usahawan muda tempatan. Kalau mereka boleh, kenapa anda tidak? Kita dikurniakan dengan akal yang sama, kemampuan fizikal yang sama, cuma yang membezakan hanyalah daya usaha dan kemahuan inginkan kejayaan.

Sekian,
Kru bNEWS

No comments:

Post a Comment