Tuesday, April 12, 2016

Ahli Perniagaan Kongsi Rahsia

Artikel ini akan mengupas dan berkongsi sedikit rahsian kejayaan yang pernah dikongsi oleh seorang ahli perniagaan melayu yang berjaya di Malaysia, info ini disumberkan dari Wikipedia. NNN Crew meneliti kisah hidup beliau dan memberikan beberapa rumusan kunci rahsia kejayaan beliau untuk dikongsi bersama. Mudah-mudahan kita memperolehi kejayaan..
Kenali kekuatan dan kelemahan. Apa yang tidak mampu buat,minta orang lain tengok-tengokkan.

Terus mencari peluang dan perniagaan yang lain supaya dapat bantu orang lain mengembangkan bisnes masing-masing. 

Kalau nak maju, kena banyak sabar dan terus berusaha.

Bekerja seperti tiada hari esok, berusaha dengan tekun dan istiqomah kerana perniagaan yang kekal and ambil masa, Tidak ada jalan singkat

Jangan terlalu mendampingi orang politik semata-mata untuk berjaya

Gunakan kelebihan bangsa lain yang lebih maju dan mahir. Apa yang kita kurang faham kita kongsi dengan tujuan untuk belajar.

Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah. Yakin bahawa yang kaya itu bukanlah kita diri sendiri. 

Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk dikongsi, d
uit seharusnya dibelanjakan dengan baik. Percaya kalau rezeki itu Allah dan percaya kepada keberkatan rezeki. 

'Emotional attachment' mesti ada kepada agama, bangsa dan ummah, jangan individualistik, jangan pentingkan pangkat dan gelaran.

Kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya

Orang berniaga mana yang tak berhutang, tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab terhadap hutangnya.


Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab, buat amal jariah. Nikmat yang sedikit dapat dikongsi dengan orang lain.

Sifat manusia yang banyak buat kesilapan, jadi banyakkan beristighfar

Jangan cepat putus asa, putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. 

Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

Mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.


Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. 

Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus. Kena atasi ikap pemalas dan pemalu. 

Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.


Perbanyakkan melakukan kerja-kerja sosial. Apa yang kita dapat mesti beri orang lain merasainya sama, membuatkan hati rasa seronok.

Wallahualam,
bNews Crew

No comments:

Post a Comment