Wednesday, April 13, 2016

Apa Sebenarnya bisnes Ali Baba?

Adakah anda tahu apa sebenarnya yang dimaksudkan itu bisnes Ali Baba? Juka kita rujuk istilah dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Ali Baba ialah satu sistem cara bisnes yang memakai nama Melayu (Ali) atau kelihatan saja dimiliki atau di­urus­kan oleh orang Melayu tetapi sebenar­nya kepunyaan (diselenggarakan oleh) orang Cina (Baba) atau bangsa asing yang lain. 

sekadar hiasan
Pihak yang mendapat ke­untungan ialah orang asing melalui cara Ali Baba. Perbuatan meng'alibaba'kan sebenarnya satu urusan yang tidak sihat kerana is menjual hak-hak yang khas bagi orang Melayu kepada  bangsa asing yang lain.

Perbuatan ini juga mampu menimbulkan rasa tidak puas hati dan mungkin meningkatkan ketegangan antara kaum di Malaysia. Juga, perbuatan ini adalah salah kerana menggunakan hak orang lain demi kepentingan sendiri.

kesimpulannya, jika anda ingin mencburi bidang bisnes, jangan sesekali meng'alibaba'kan bisnes anda kepada orang lain, teruskan bisnes anda dengan ikhlas dan terus, bak kata pepatah 'belum cuba belum tau'.

Wallahualam,

Kru bNEWS

No comments:

Post a Comment