Tuesday, May 2, 2017

VIAGRA di Pasar Malam? Betul KE?

Sebut sahaja perkataan VIAGRA, mungkin kita semua tertanya-tanya, eh! betul ke viagra begitu senang didapati? Takkan la kerajaan membiarkan saja bahan terkawal ini dijual berlambak-lambak di pasaran secara terbuka tanpa kawalan, betul tak? 
Namun jangan terkejut, viagra yang admin maksudkan ini ialah buah-buahan, sayuran dan herba-herba yang berfungsi sebagai 'viagra semula jadi' wujud tanpa kita sedari dan sangat mudah untuk di dapati di mana-mana saja, terutama yang nombor dua (2) tu, mungkin telah menjadi kegemaran kita sejak kecil lagi, terutamanya masa kenduri kita selalu berebut-berebut kerananya. Kalau betul cara pengambilannya, insyaallah ia akan memainkan peranan seakan viagra malah lebih dari itu kerana ia selamat dan bebas dari kandungan bahan kimia.
Jadi, berikut merupakan buah-buahan dan sayuran tersebut, terutama yang no 2, memang terbukti kesannya; 



1.Celeri/ Saderi
Dalam sistem pemakanan kita, celeri bukanlah makanan yang akan kita terfikir apabila bercerita tentang hubungan intim, tapi sebenarnya celeri merupakan satu sumber makanan yang sangat hebat untuk rangsangan seksual. Ini kerana celeri mengandungi hormon semulajadi yang tidak berbau dipanggil androsterone dan androsreno. Kedua-dua hormon ini bertindak menjadi amino asid yang boleh melancarkan saluran darah, fungsi yang sama seperti viagra. Celeri seeloknya dimakan mentah seperti dibuat jus ataupun dijadikan ulam-ulaman dalam diet makanan seharian.

2.Tembikai

Tembikai merupakan salah satu daripada sumber semula jadi yang paling senang didapati setiap hari, ia sangat kaya dengan citrulline, sejenis asid amino yang boleh membantu rangsangan seksual. Citrulline akan bertukar menjadi arginine apabila ia masuk ke dalam badan kita. Arginine inilah yang akan merangsang pengeluaran nitrik yang bertindak merehatkan saluran darah dan secara tak langsung melancarkan dan meningkatkan aliran darah ke zakar. Citrulline paling kaya pada bahagian kulit (ramai yang tak tahu ni) jadi lepas ni jangan makan isi saja. Kita juga boleh makan kulitnya, bagaimana? Senang saja, boleh kisar kulit untuk dibuat jus kulit tembikai.

3.Bayam

Bayam pula merupakan satu daripada sayur-sayuran yang kaya dengan magnesium. Magnesium mengurangkan keradangan saluran darah. Oleh itu, aliran darah dalam badan meningkat dan darah akan dialir hingga ke hujung kaki. Ia menjadikan hubungann intim kita lebih menyeronokkan kerana ereksi datang lebih semula jadi.

4.Buah Delima

Delima kaya dengan antioksidan. Ia bukan sahaja menyokong peredaran darah dengan baik, tetapi juga mempunyai kesan positif ke atas ereksi zakar . Satu kajian baru-baru ini yang disiarkan dalam Jurnal Antarabangsa mengatakan bahawa ‘Mati pucuk’ boleh dirawat dengan pengambilan jus delima secara berterusan. Dalam penyelidikan ini mendapati bahawa jus delima, kaya dengan antioksidan yang menyokong aliran darah, boleh membantu mengurangkan mati pucuk.

5.Madu Lebah

Ia mengandungi banyak boron, seterusnya meningkatkan tahap testosteron dalam darah, dan ini secara langsung membawa kepada peningkatan libido pada lelaki dan wanita. Selain boron meningkatkan metabolisme dalam badan kita, yang juga merupakan kesan positif ke atas kecergasan fizikal dan daya seksual.
6.Tribulus
Tribulus merupakan tumbuhan buah berduri yang berasal dari Amerika Utara. Tribulus digunakan dengan meluas sejak dari dulu lagi untuk merawat pelbagai masalah terutama yang berkaitan dengan seksual lelaki, termasuk disfungsi erektil (mati pucuk), meningkatkan keinginan seksual (LIBIDO) dengan meningkatkan hormon.  

Selain itu, ia bagus untuk jantung, sistem peredaran darah, sakit dada, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, dan lain-lain lagi.


Trubulus merupakan herba yang paling berkesan berbanding 5 jenis pemakanan yang tersenarai di atas. Walaupau masih baru dikenali di Malaysia, Tribulus telahpun digunakan secara meluas di dalam perubatan moden masakini kerana penanaman secara komersial sudah pun bermula sejak dari dulu lagi.

Antara produk yang popular ialah Damo Maxxx, sedang giat diperkatakan di Malaysia.

Artikel ehsan dari : Damo Maxxx Authorized Dealer 
(0192695213 - Pertanyaan dan Tempahan) 


Sekian,

Admin




No comments:

Post a Comment