Nasi
ayam berempah merupakan satu hidangan popular di pantai timur terutama di
Terengganu dan Kelantan. Hidangan yang ringkas menjadi pilihan ramai penggemar
terutama bagi mereka yang sedang mengejar masa.
Menu makanan ini cukup mudah iaitu hanyalah nasi
putih yang dikukus, ayam goreng berempah panas (special weapon), kuah gulai kawah,
ulam-ulaman (biasanya timun) dan yang paling penting sambal belacan
pedas.
Atas dasar ingin tahu, satu hari saya singgah di gerai terbabit, saya merupakan orang yang ke 12 beratur menunggu giliran. semasa menunggu saya sempat perhatikan seorang lelaki (mungkin suami) sedang menggoreng ayam berempah, ada seorang pembantu sedang menghiris ulam dan membungkus kuah gulai kawah manakala watak utama dibawa oleh seorang wanita (mungkin isteri) yang sedang ligat membungkus makanan. Mereka mula berniaga seawal jam 9.30 pagi hingga 3 petang (purata 5 jam)
Oleh kerana gerai ini tidak menyediakan bangku, jadi ramai yang bungkus sahaja makanan mereka (purata 2-3 bungkus seorang), ada juga beberapa orang pelanggan yang makan di gerai2 berhampiran bersama rakan2. Saya pun tidak terkecuali membeli sebungkus nasi special ini ambil untuk makan di gerai sebelah. Rasa nasi memang sedap, wangi, ayamnya fresh dan panas, terasa rempah, kuah yang lemak, ulaman dan sambal belacan yang sederhana pedas. Harga pun berpatutan iaitu hanya RM4.00 sebungkus. pelanggan juga boleh book samada mahukan ayam bahagian drumstik, tight, chest atau pun wings.
Saya salute pada kakak yang melayan pelanggan, pesanan dari pelanggan tak pernah silap, sungguh pantas dan effektif. Memang patut gerai ini dibanjiri oleh pelanggan.
Saya salute pada kakak yang melayan pelanggan, pesanan dari pelanggan tak pernah silap, sungguh pantas dan effektif. Memang patut gerai ini dibanjiri oleh pelanggan.
Selama menikmati hidangan, saya dapati si suami tidak henti henti menggoreng ayam menggunakan 2 dapur. Selama setengah jam, purata ayam yang digoreng ialah 50 ketul hingga 60 ketul (saya ambil purata 100 ketul setiap jam) di mana setiap ketul mewakili sebungkus nasi.
Atas dasar ingin tahu, saya mula membuat congakkan hasil dari pemerhatian saya pada Gerai Nasi Kukus Berlauk tersebut. Untuk sehari jualan, mereka mungkin berjaya mengumpul jualan seperti berikut (ini adalah congakkan kasar dari saya sahaja);
Harga : RM4.00
Jumlah Bungkusan : 100 bungkus (bersamaan 100 ketul ayam) secara purata
Jumlah jam operasi : purata 5 jam
Kiraan : RM4 x 100 bungkus x 5 jam = RM2000 jualan sehari !
Darab pula jumlah di atas dengan 26 hari (mereka cuti setiap jumaat)
Darab pula jumlah di atas dengan 26 hari (mereka cuti setiap jumaat)
Tepuk dada tanya selera, kalau mereka boleh menjana pendapatan sedemikian, anda ila lagi?
Wallahualam,
Kru bNEWS
mantapnya,,, jangan lupa mampir ya ke design kad kahwin. designya bagus dan mantap cocok untuk para designer.
ReplyDeleteklik web nya di www.designkadkahwin.com
wahh...betul ke 1 hari saja dpt jual sebanyak 500 bungkus ?? meniaga kedai ke atau meniaga tepi jalan bos?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete