Berikut merupakan 10 contoh bisnes yang tidak memerlukan modal yang besar tapi mampu memberi pendapatan sampingan malah mungkin menjadi punca pendapatan utama jika kena pada modus operandinya. Bisnes ini pernah dicuba oleh rakan-rakan dan orang di persekitaran saya dan boleh anda contohi
Promosi Produk Orang Lain
Jiran saya (suri rumah) buat promosi produk orang lain (kerepek, kuih kering dsb) dan hanya ambil komisen dari setiap jualan yang laku. Purata pendapatan dalam 20% daripada hasil jualan dan katanya pendapatan bulanan boleh mencapai RM500 dengan hanya buat dari rumah. Pelanggan? online kan ada, fb, whatsapp, wechat, telegram dab macam-macam lagi.
Home Tuition
Saya sendiri pernah buat Home tuition. Kerjaya ni sesuai buat guru2 yang nak tambah pendapatan ataupun graduan2 yang masih belum bekerja. Dulu saya pernah dapat dalam RM500 hingga RM1500 sebulan, masa tu tahun 2002.
Servis Supply makanan
Adik ipar saya pula pernah buat bisnes ni, dia supply makanan secara kecil-kecilan ke pejabat2 kerajaan, dia hanya beli dari restoran sbb tak sempat nak masak (keuntungan 10-20% pun ok dah). Pernah juga kenal seorang pakcik semasa saya kerja di Gelugoq, Penang, dia membekal bungkusan nasi lemak ke hampir 10 buah kedai. Nasi lemaknya dimasak sendiri oleh Isterinya dibantu jiran2. Dia boleh dapat sehingga RM8k income bersih sebulan, boleh tahan jugak.
Sewa Kenderaan
Saya ada seorang kawan yang sangat ligat cari duit, dia juga seorang guru. Apa yang dia buat, dia beli kereta murah2 (kancil) dalam beberapa buah, lepas tu sewakan kepada student2 kolej berhampiran. purata seminggu boleh dapat RM500 katanya. Sekarang dia plan nak buat pajakkan kereta ke syarikat2 sewa kereta pulak
Agen Insurance & Invesment
Adik saya seorang ejen jual insurance & agen Unit Trust secara part time (dia keje Accountant), boleh jugak buat topup belanja rumah katanya.
Buka Gerai Air Minuman
Modal sekitar RM300 untuk memulakan bisnes jual air secara kecil-kecilan, kena pulak musim panas ni. Saya ada kawan yang jual air kat pasar malam, dalam seminggu dia beroperasi 5 hari je. Boleh bagi makan anak bini, beli rumah dan ada kereta toyota vios.
Pernah kenal satu mamat yang mulakan bisnes jual air mineral sekitar Titiwangsa. Skang dah ade 2 biji lori utk supply ke pejabat2.
Promo Pakej Pelancongan
Saya kenal seorang ustaz yang buat promosi dan ambil komisyen dari pakej pelancongan, umrah dll. Dia bagitahu boleh dapat purata 15% dari setap pakej yang dijual. kadang-kadang dapat pergi melancong percuma.
Pengurusan Sewa Rumah
Rumah saya di Melaka diserahkan kepada orang tengah tolong uruskan, sebab jauh. Saya bagi dia 20% dari hasil kutipan. Sekarang ramai yang menceburi bidang ni, terutama dengan populariti 'Homestay' ni.
Buka Gerai Burger
Modal sekitar RM300-500 jugak. Kawan lama saya buat bisnes ni sejak lima tahun lepas, sekarang dah ada 3 cawangan gerai burger sekitar lembah Kelang. purata income bersih dalam RM300 sehari utuk setiap gerai (RM300 x 3 gerai x 30 hari) - kira lah sendiri.
Join direct Selling
Haa, kalau dah tak ada idea langsung, join aje diret selling. Bisnes ni merupakan bisnes sulung saya, saya pernah join Amway pada satu ketika dahulu di zaman kilej. Boleh la buat tambah perbelanjaan seharian dan belanja makan.
Kesimpulannya, bukannya susah sangat untuk kita berjaya di dalam bisnes, pokok pangkalnya ialah usaha, bak kata orang tua2 dulu "usaha itu tangga kejayaan". Cabaran memang ada di mana-mana... penat, dengki, sabotaj, basi, rugi, hujan, panas, malas... tapi semua itu akan tolak ketepi bila kita ada keyakinan dengan janji Allah yang maha pemurah dali maha pemberi rezeki. Lebih-labih lagi masa kira $$$... hilang penat seharian.
Wassalam,
Kru bNEWS
No comments:
Post a Comment